Monday, May 14, 2012

Betulkah mandi wajib anda?

Bismillah

Ari nie ana nak berkongsi tentang cara2 mandi wajib. Bukanlah ana ini pakar atau sebagainya, namun melalui pembacaan, ana terpanggil untuk turut sama berkongsi berkenaan tajuk di atas. Perkara ini seharusnya diambil berat oleh umat islam kerana mandi wajib ini penentu sama ada ibadat yang dikejarkan sah atau pon tidak.


Bagi proses mandi wajib ini terdapat tiga perkara penting yang perlu diikuti iaitu

1.NIAT

Niat mandi wajib secara ringkasnya adalah "Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."Niat itu hendaklah disertakan ketika air sampai ke bahagian anggota badan. Lafaz niat yang lain "nawaitul ghusla liraf'il hadatsil akbari janabati fardlal lillaahi ta'aalaa" (Ertinya: Sahaja aku mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar dan mandi wajib kerana Allah Taala)

Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah "Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." manakala bagi wanita yang habis nifas, niat mandi wajib ialah "Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".


Niat mandi wajib hendaklah dilafazkan apabila mula terkena air kepada mana-mana bahagian anggota mandi. Sekiranya niat dilafazkan selepas dia telah membasuh anggota badannya, mandi wajibnya tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah dan dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air ke seluruh anggota badannya.
Orang yang tidak berniat mandi wajib tidak memenuhi rukun mandi wajib dan dengan itu tidak boleh dikatakan telah mengerjakan mandi wajib. Dia hanya sekadar mengerjakan mandi biasa (mandi adat), dan masih terikat dengan larangan yang dikenakan ke atas orang yang berhadas besar.



sumber : wikipedia

2. MENGHILANGKAN NAJIS

Jika ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dgn mandi wajib iaitu membasuh najis dgn mandi wajib itu boleh disekalikan (Imam Nawawi) untuk memenuhi rukun kedua mandi wajib.

3.  MERATAKAN AIR KE SELURUH BADAN

Untuk melakukan mandi wajib yg betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruh anggota badannya yang zahir.

Ini pula cara-cara mandi wajib yang paling baik adalah mengikut cara yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmizi.

Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar .
Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
Membasuh kaki.

Bagi yang pakai 'shower', x perlu 3 kali, hanya yakin bahawa air telah membasahi seluruh badan...