Wednesday, November 23, 2011

Adakah silapku dimaafi?

As salam semua..

Ana merasakan kehambaan ana padaNya amat la kurang. Setiap saat, detik dan waktu dirasakan dosa2 mengalir di pelusuk tubuh. Hingga mencengkam jiwa ana.. Bukan tidak mahu berubah, tapi kecekalan hati amat lah tipis.. Mudah digoda dengan bisikan hingga melemahkan pemikiran yang waras.

Kadang kala cemburu melihat sahabat yang menghambakan diri kepadaNya dengan khusyuk sedangkan ana selalu terabai akan tanggungjawab  yang sepatutnya ana laksanakan.


Hina rasanya bila bersama mereka yang tinggi agama dan mempunyai sikap kehambaan yang tinggi. Ana ? masih bermaharaja dengan nafsu yang menundukkan iman.. 

Moga ada diantara sahabat dapat membimbing ana ke jalan yang direhdai.

Wassalam

Doa: Pendinding diri

Berkongsi dan ditujukan kepada yang memerlukan.. Moga dengan amalan ini diri dilindungi oleh Allah S.W.T


Maksud : Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.
(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)
Kegunaan: Boleh amalkan untuk tujuan pendinding diri. Lebih lengkap jika digabungkan bersama selawat sifa’ dan ayat Jabalin. (Nanti saya usahakan kedua-duanya)

kredit : www.islam2u.net

Tuesday, November 22, 2011

Lagu pilihan: Berjalan Tanpa Henti

Ana suka akan lagu2 yang bermesej.. Bila Ana dengan lagu nie, banyak mesej terutama kepada mereka yang gagal dalam hidup. 

Sesungguhnya Allah menguji kita agar tabah dan mencari penyelesaian mengikut jalanNya.

Berjalan Tanpa Henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia

Assalamualaikum

Nama ana Mohd Zulhairi bin Mohd Zulkifili

pembukaan blog ini adalah untuk berkongsi perkara-perkara berkaitan dengan Islam dari pelbagai segi.

Moga daripada ini, Ana dapat belajar banyak benda yang berkaitan agama yang Indah ini.. Moga dipermudahkan jalannya...

Amin

Wassalam