Sunday, March 18, 2012

Bersama Doktor Kamarudin

Asslamualaikum dan salam sejahtera.

Hari nie ada sebuah cerita yang ingin ana kongsikan bersama sahabat-sahabat sekalian setelah ana berjumpa dengan Dr. Kamarudin di UUM siang tadi secara peribadi. Beliau merupakan pensyarah di sana yang mana berasal dari Patani Thailand namun menetap di Sweden selama 25 tahun. 

Agak sebak hati bila beliau menceritakan kisah berkaitan sistem pentadbiran negara yang mana dibandingkan antara negara Thailand, Malaysia dan Sweden. Tapi ana bukan ingin menceritakan perbandingan ini namun sebuah cerita yang diceritakan oleh beliau semasa memulakan sesi perbualan. 

Beliau menceritkan sebuah kisah yang berlaku di Indonesia yang mana terdapat seorang penjaga masjid yang terlelap. Dengan izin Allah, maka pemuda itu bermimpi dibawa ke alam kubur yang mana melihat keindahan syurga dan kebinasaan neraka. Namun di satu sudut, pemuda itu melihat terdapat segolongan islam yang sedang berdialog dengan Allah akan nasibnya selepas mati.

Individu pertama telah menyatakan bahawa dia telah menunaikan haji sebanyak 32 kali dan sentiasa menyebut nama Allah serta sentiasa melaksanakan tugasnya sebagai muslim. Datang pula individu kedua menceritakan perkara yang sama namun jumlah hajinya lebih banyak dari individu pertama yang barang kalinya mencecah 45 kali. Seterusnya sampailah kepada individu terakhir yang menyatakan perkara yang sama namun hajinya melebihi individu-individu yang lain yang mana mencecah hampir 100 kali.

Kesemua inidividu ini pening memikirkan nasib mereka kerana ditempatkan di neraka walaupun bertakwa kepada Allah. 

Maka, persoalan terjawab. Indonesia merupakan sebuah negara yang kaya kerana memiliki pelbagai harta yang berharga seperti gas, petrolem dan hasil bumi yang lain. Namun, diantara kamu tidak mengejarkanya malahan membiarkan orang lain ( penjajah ) menguasainya. Kemudahan diberikan tidak dimanfaatkan oleh kamu. Maka neraka adalah tempat kamu.

Hal ini kerana kamu tidak mencari ilmu bagi memajukan negara kamu malahan membiarkan orang lain menguasai negara sedangkan setiap kemudahan itu disediakan kepada kamu. 

( Sekiranya ada kesalahan, sila nyatakan. )

Pengajaran dan nasihat, sesungguhnya kita bersalah sekiranya tidak mengejarkan apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita dan setiap apa yang dimiliki oleh kita harus dipertahankan walau apa sekali pun. Laksanakan apa yang diberikan sebaik mungkin bagi manfaat bersama dan bukannya individu atau company. 


Wassalam.